Skip to main content

aku dan sekarang

rindu sangat menulis
seperti yang pernah aku khabarkan
hidup aku agak kucar kacir
ada lah sebab dia weiii

apa kau ingat ko retis orang nak tau pasal ko?

ahahahaha

agak cuak sekarang ni nak tulis blog
sebab sekarang zaman gila viral
ko dah kenapa nak me'viral'kan je koje??

mungkin ada follower yang kenal muka aku dulu ingat lagi kat aku

weii dah 5 tahun weiii.. ke 6 tahun?
lama gile menyepi kat blog
dah kerepot dah aku
kulit pun dah gelendut2
ha haaaaa

ada anak terus diam

bukan jadi ibu mithali pun
tapi banyak benda2 yang jadi mematangkan otak dan fikiran


Popular posts from this blog

menuju ketenangan

aku kemas semua barang aku hanya ambil masa seminggu. memang kebanyakan barang, aku dah siap letak dalam box clear. memang bersedia untuk angkut bila-bila masa. dalam masa 10 hari, aku cari rumah yang menepati citarasa aku. rumah yang punya halaman. sebab aku nak abdikan diri kepada tanah. dalam masa 10 hari tu juga kitaorang cari 'impian' jodoh aku sebelum ini. impian yang dah makan masa bertahun-tahun. semua benda smooth sangat. belum pun bulan March, aku selamat keluar dari tempat yang tak mungkin aku jejaki lagi. bukan sombong, tapi tempat tu mengundang kenangan pahit. walau tetap ada manisnya, tapi terlalu pahit untuk aku jejak sekali lagi. and yeaaahhhh. ALHAMDULILLAH. walau tetap ada struggle dalam hidup sekarang. tapi ketenangan sentiasa temani hati aku. aku hanya mampu bersyukur. disamping baiki diri sehingga aku tergolong antara makhluk-makhluk yang paling disayangi. insya Allah.

Dosa

Pertengahan Februari 2017 Macam aku tulis sebelum ni. aku start kembali ke sejadah secara istiqomah masa bulan januari je. mujur laa aku ni dikurniakan semangat yang kalau aku dah start buat, aku kena serah seluruh jiwa raga aku. setiap hari aku isi lubang telinga aku dengan ceramah Dr.MAZA. benda tu macam beri kekuatan jiwa. walau ada hari2 aku tetap kerasukan syaitan jua bila time sesak. aku tetap teruskan berzikir panggil nama2 Allah yang boleh beri aku rezeki. semua benda tak dirancang. sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang. aku takde niat pun nak minta tolong orang yang paling rapat dengan aku. aku sekadar menjawab soalan dia yang bertanyakan keadaan rumahtangga aku. yang aku tau 4 hari kemudian, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka untuk aku. aku tak tau orang akan paham perasaan aku. rasa itu. rasa yang tak mampu aku lahirkan dengan A B C, dengan kata-kata. aku ingat yang aku solat Maghrib dan aku buat sujud syukur. ada satu rasa malu. malu dengan Dia.

Kehidupan di bawah tempurung kelapa

aku ada perangai yang aku pun tak pasti perangai ni elok ke tak. aku suka ke'hadapan' bila orang-orang yang aku sayang dalam kesusahan. bagi aku, biar aku takde duit. biar aku susah, asal orang yang aku sayang bahagia. kadang aku terpikir, kenapa peel aku macam ni? sebab aku tak cukup kasih sayang mak ayah ke zaman kecik dulu? so aku nak orang sayang aku? tapi aku rasa tak jugak. jauh di sudut hati aku, aku nak tolong orang sebab aku tau macamana seksanya bila dalam kesusahan, tiada tangan-tangan yang datang menghulur. Sekitar Julai 2012 kesekian kali, aku jadi supermeng. tolong orang yang dekat dengan aku. sesaat pun aku tak timbangkan keputusan yang aku ambik. dia bukak mulut, alirkan airmata mohon bantuan aku. terus aku cakap,"jangan nangis. okay, takpe. aku tolong". aku langsung tak tanya pendapat beradik-beradik aku, suami aku, mak aku or sapa2 pun. even pendapat diri sendiri pun aku tak tanya. aku tolong atas dasar kasih sayang. sungguh aku sayang