Skip to main content

menuju ketenangan

aku kemas semua barang aku hanya ambil masa seminggu. memang kebanyakan barang, aku dah siap letak dalam box clear.

memang bersedia untuk angkut bila-bila masa.

dalam masa 10 hari, aku cari rumah yang menepati citarasa aku. rumah yang punya halaman. sebab aku nak abdikan diri kepada tanah.

dalam masa 10 hari tu juga kitaorang cari 'impian' jodoh aku sebelum ini. impian yang dah makan masa bertahun-tahun.

semua benda smooth sangat.

belum pun bulan March, aku selamat keluar dari tempat yang tak mungkin aku jejaki lagi. bukan sombong, tapi tempat tu mengundang kenangan pahit. walau tetap ada manisnya, tapi terlalu pahit untuk aku jejak sekali lagi.

and yeaaahhhh. ALHAMDULILLAH.

walau tetap ada struggle dalam hidup sekarang. tapi ketenangan sentiasa temani hati aku.

aku hanya mampu bersyukur. disamping baiki diri sehingga aku tergolong antara makhluk-makhluk yang paling disayangi. insya Allah.


Popular posts from this blog

hobi lama tapi bermula kembali

selama 5-6 tahun aku kejap timbul kejap tenggelam.  aku ada try hobi baru. 
aku pernah try menjahit. aku??? menjahit? hahahaha kelakar! perangai cam jantan ada hati nak menjahit.  sempat laa bertahan 2-3 bulan.  lepas tu krik kriiik kriiiiik.  alasan?  jauh sangat tempat belajar.  tol pun dah naik.  alasan semata
lepas tu aku ada jugak buat hobi baru.  gardening.  haa yang ni kena dengan jiwa aku.
aku pun tak sangka aku ada bakat menanam.  lepas tu ada benda2 tahik yang terjadi dalam hidup aku.  benda yang sangat2 ketahian.  heiii kata dah insof tapi still suka sebut tahi?  biar ahh.  slow slowww.
now aku start balik.  baru sangat.  jadi aku pikir bagus jugak medium blog dikongsi bab2 tanam menanam.
mana tau kan.  korang yang feeling orang damansara orang subang jaya orang kota metropolitan teringin nak buat urban farming tapi takde keberanian.  meh aku share.  itupun kalau aku rajin.  ahakss
ketahuilah berkebun ni best.  kalau kau minat laa.  tapi kena rajin sebab berkebun ni komit…

aku dan sekarang

rindu sangat menulis
seperti yang pernah aku khabarkan
hidup aku agak kucar kacir
ada lah sebab dia weiii

apa kau ingat ko retis orang nak tau pasal ko?

ahahahaha

agak cuak sekarang ni nak tulis blog
sebab sekarang zaman gila viral
ko dah kenapa nak me'viral'kan je koje??

mungkin ada follower yang kenal muka aku dulu ingat lagi kat aku

weii dah 5 tahun weiii.. ke 6 tahun?
lama gile menyepi kat blog
dah kerepot dah aku
kulit pun dah gelendut2
ha haaaaa

ada anak terus diam

bukan jadi ibu mithali pun
tapi banyak benda2 yang jadi mematangkan otak dan fikiran


bye bye gym

jangan tanya berapa berat badan aku sekarang
yang pasti lemak aku kalau aku libas kat pipi ko, maunya pengsan
hehehe

jangan tanya bila aku nak start exercise balik
jangan tanya!

actually aku on and off pergi gym
ada satu masa aku betul2 workout
lepas tu dah kena tukar tempat kerja pulak
tukar gym
sekali pindah duk rumah lain pulak

now aku malas dah aihh nak gi gym

bukan ape weii
aku ke arah kebaikan
eceeehhhh
ye betul laa
bukan drastik pun
slow..slow

tapi kalau aku gym, sesungguhnya aku adalah takleh terlepas dari weight training
itu minat aku

tapi payah aihh
payah dalam ertikata kamus hidup aku
tertonggeng sana terkangkang sini

jadi sebagai makhluk Allah yang ke arah keinsafan,
aku rasa tak sesuai dah aku nak tanggung dosa baru

heiiii follower dolu2 tau laa betapa sukanya aku usha jantan2 sado
heiiii insof laaaa

aku pun decide.. sudah2 laa ke gym

nak suruh aku gi gym semua perempuan?
aahahaha dengan dumbbell ala2?
aiiihh tak mau ahhh