Skip to main content

Sesak

Januari 2017

rumahtangga aku dah macam rumah yang tak bertangga. kadang aku rasa aku berkahwin dengan pokok. aku cuba faham situasi setiap orang di sekeliling aku.

tapi kenapa tak ada sorang pun yang cuba faham yang aku juga terseksa? seksa yang tak tau nak diluah kepada siapa. seksa yang terlalu menyesakkan dada.

aku nak keluar dari neraka dunia ini.

aku dah penat berjodohan dengan manusia yang tak boleh buat keputusan dan tak mampu utarakan apa dalam hati.

akhirnya.. aku kembali kepada Pencipta. kembali bergantung dengan Dia. Masa tu ofis aku sunyi sebab semua balik kampung, CNY.

aku tergerak hati untuk betulkan kembali solat aku. even aku pakai tudung, aku puasa. tapi solat aku tak jaga.

aku bukak youtube. selalu aku layan lagu untuk hangguk kepala. tapi kali ni, aku cuba search ceramah agama.

kata-kata Dr.MAZA dalam video yang bertajuk La Tahzan buat aku menangis. semua kata-kata dia buat hati aku ditoreh-toreh.

Aku solat. aku berzikir. aku tambah ilmu agama secara online.

mami aku selalu pesan, jangan pernah tinggal ayat seribu dinar (At-Thalaq Ayat 2-3). tapi aku tak pernah amal pun.

aku cuba amalkan apa yang aku mampu. aku tak spsesifikkan. contoh, aku wajib zikir 100x itu 100x ini. aku just buat mana yang aku mampu.


Februari 2017

Allah lembutkan hati.

aku ajak orang2 yang pernah berjanji tapi memungkiri itu berjumpa dan berbincang untuk cari solution untuk masalah yang diaorang create.

aku bukan nak gaduh pun. aku just texted apa yang aku rasa. keadaan hidup aku. keadaan jodoh aku. keadaan family aku. aku rasa dah sampai masa untuk duduk semeja dan cari jalan penyelesaian.

namun manusia.

selagi Allah tak tiup hidayah, dia takkan berubah.

dikatanya aku ni bla bla bla. hei hei heiiii aku taip msg masa tu dengan airmata keinsafan. aku dah penat gaduh. aku nak berdamai. cari penyelesaian. tapi ......

untuk kedua kali, aku dihalau. kali ni pakej sila bawak sama jodoh dan keturunan aku. haksss!

masa ni aku nampak betapa kecewanya jodoh aku. kami sedar diri. kami biasher-biasher ajer. dia hanya mampu sumbang tenaga semata.

walaupun aku sendiri rasa yang rumahtangga aku ni tak tau mana arah tuju, tapi bila aku tengok jodoh yang dah Allah tentukan untuk aku bersedih, hancur luluh jugak hati aku.

aku nak menolong. namun hidup aku pun terapung-apung.

sesak!

Popular posts from this blog

menuju ketenangan

aku kemas semua barang aku hanya ambil masa seminggu. memang kebanyakan barang, aku dah siap letak dalam box clear. memang bersedia untuk angkut bila-bila masa. dalam masa 10 hari, aku cari rumah yang menepati citarasa aku. rumah yang punya halaman. sebab aku nak abdikan diri kepada tanah. dalam masa 10 hari tu juga kitaorang cari 'impian' jodoh aku sebelum ini. impian yang dah makan masa bertahun-tahun. semua benda smooth sangat. belum pun bulan March, aku selamat keluar dari tempat yang tak mungkin aku jejaki lagi. bukan sombong, tapi tempat tu mengundang kenangan pahit. walau tetap ada manisnya, tapi terlalu pahit untuk aku jejak sekali lagi. and yeaaahhhh. ALHAMDULILLAH. walau tetap ada struggle dalam hidup sekarang. tapi ketenangan sentiasa temani hati aku. aku hanya mampu bersyukur. disamping baiki diri sehingga aku tergolong antara makhluk-makhluk yang paling disayangi. insya Allah.

Dosa

Pertengahan Februari 2017 Macam aku tulis sebelum ni. aku start kembali ke sejadah secara istiqomah masa bulan januari je. mujur laa aku ni dikurniakan semangat yang kalau aku dah start buat, aku kena serah seluruh jiwa raga aku. setiap hari aku isi lubang telinga aku dengan ceramah Dr.MAZA. benda tu macam beri kekuatan jiwa. walau ada hari2 aku tetap kerasukan syaitan jua bila time sesak. aku tetap teruskan berzikir panggil nama2 Allah yang boleh beri aku rezeki. semua benda tak dirancang. sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang. aku takde niat pun nak minta tolong orang yang paling rapat dengan aku. aku sekadar menjawab soalan dia yang bertanyakan keadaan rumahtangga aku. yang aku tau 4 hari kemudian, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka untuk aku. aku tak tau orang akan paham perasaan aku. rasa itu. rasa yang tak mampu aku lahirkan dengan A B C, dengan kata-kata. aku ingat yang aku solat Maghrib dan aku buat sujud syukur. ada satu rasa malu. malu dengan Dia.