Skip to main content

Kehidupan di bawah tempurung kelapa

aku ada perangai yang aku pun tak pasti perangai ni elok ke tak. aku suka ke'hadapan' bila orang-orang yang aku sayang dalam kesusahan.

bagi aku, biar aku takde duit. biar aku susah, asal orang yang aku sayang bahagia. kadang aku terpikir, kenapa peel aku macam ni? sebab aku tak cukup kasih sayang mak ayah ke zaman kecik dulu? so aku nak orang sayang aku?

tapi aku rasa tak jugak. jauh di sudut hati aku, aku nak tolong orang sebab aku tau macamana seksanya bila dalam kesusahan, tiada tangan-tangan yang datang menghulur.


Sekitar Julai 2012
kesekian kali, aku jadi supermeng. tolong orang yang dekat dengan aku. sesaat pun aku tak timbangkan keputusan yang aku ambik.

dia bukak mulut, alirkan airmata mohon bantuan aku. terus aku cakap,"jangan nangis. okay, takpe. aku tolong".

aku langsung tak tanya pendapat beradik-beradik aku, suami aku, mak aku or sapa2 pun. even pendapat diri sendiri pun aku tak tanya.

aku tolong atas dasar kasih sayang. sungguh aku sayang dia. aku tolong seikhlasnya.


Sekitar Ogos 2015
masuk tahun ke tiga. sabar aku tahap nak pecah dada.

selama ni aku sabar sebab aku selalu ambil kira kesusahan, faktor umur, faktor hormat.


aku takkan pernah lupa malam itu. saat aku hanya mampu goreng telur sebagai lauk. dan aku dapat tau yang tengahari tadi mereka makan teppanyaki. sambil goreng telur airmata mengalir tak henti.

dalam otak aku, 'apa nak jadi, jadilah. aku dah penat jadi manusia yang jaga hati orang sedangkan hati aku dah takde rupa hati dah'

maka terjadilah amukan ablasa. kahkahkah.

amukan tuntut hak dan janji.

namun kesimpulan yang aku dapat, diorang ni tak boleh dibawak berunding.

aku rancang strategi seterusnya...

Popular posts from this blog

menuju ketenangan

aku kemas semua barang aku hanya ambil masa seminggu. memang kebanyakan barang, aku dah siap letak dalam box clear. memang bersedia untuk angkut bila-bila masa. dalam masa 10 hari, aku cari rumah yang menepati citarasa aku. rumah yang punya halaman. sebab aku nak abdikan diri kepada tanah. dalam masa 10 hari tu juga kitaorang cari 'impian' jodoh aku sebelum ini. impian yang dah makan masa bertahun-tahun. semua benda smooth sangat. belum pun bulan March, aku selamat keluar dari tempat yang tak mungkin aku jejaki lagi. bukan sombong, tapi tempat tu mengundang kenangan pahit. walau tetap ada manisnya, tapi terlalu pahit untuk aku jejak sekali lagi. and yeaaahhhh. ALHAMDULILLAH. walau tetap ada struggle dalam hidup sekarang. tapi ketenangan sentiasa temani hati aku. aku hanya mampu bersyukur. disamping baiki diri sehingga aku tergolong antara makhluk-makhluk yang paling disayangi. insya Allah.

Sesak

Januari 2017 rumahtangga aku dah macam rumah yang tak bertangga. kadang aku rasa aku berkahwin dengan pokok. aku cuba faham situasi setiap orang di sekeliling aku. tapi kenapa tak ada sorang pun yang cuba faham yang aku juga terseksa? seksa yang tak tau nak diluah kepada siapa. seksa yang terlalu menyesakkan dada. aku nak keluar dari neraka dunia ini. aku dah penat berjodohan dengan manusia yang tak boleh buat keputusan dan tak mampu utarakan apa dalam hati. akhirnya.. aku kembali kepada Pencipta. kembali bergantung dengan Dia. Masa tu ofis aku sunyi sebab semua balik kampung, CNY. aku tergerak hati untuk betulkan kembali solat aku. even aku pakai tudung, aku puasa. tapi solat aku tak jaga. aku bukak youtube. selalu aku layan lagu untuk hangguk kepala. tapi kali ni, aku cuba search ceramah agama. kata-kata Dr.MAZA dalam video yang bertajuk La Tahzan buat aku menangis. semua kata-kata dia buat hati aku ditoreh-toreh. Aku solat. aku berzikir. aku tambah ilmu agama secar

Dosa

Pertengahan Februari 2017 Macam aku tulis sebelum ni. aku start kembali ke sejadah secara istiqomah masa bulan januari je. mujur laa aku ni dikurniakan semangat yang kalau aku dah start buat, aku kena serah seluruh jiwa raga aku. setiap hari aku isi lubang telinga aku dengan ceramah Dr.MAZA. benda tu macam beri kekuatan jiwa. walau ada hari2 aku tetap kerasukan syaitan jua bila time sesak. aku tetap teruskan berzikir panggil nama2 Allah yang boleh beri aku rezeki. semua benda tak dirancang. sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang. aku takde niat pun nak minta tolong orang yang paling rapat dengan aku. aku sekadar menjawab soalan dia yang bertanyakan keadaan rumahtangga aku. yang aku tau 4 hari kemudian, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka untuk aku. aku tak tau orang akan paham perasaan aku. rasa itu. rasa yang tak mampu aku lahirkan dengan A B C, dengan kata-kata. aku ingat yang aku solat Maghrib dan aku buat sujud syukur. ada satu rasa malu. malu dengan Dia.