ohh haii.. ehhh blog aku masih ada rupanya.. jangan tanya apa aku buat.. aku adalah pemalas.. pemalas nak menaip..
cuma tadi aku ada terbaca kat blog sorang mummy cun ni, pasal anak dia tak mau makan.. ohh sungguh kasihan.. bila dah jadi mak2 ni, anak tak mau makan pun risau giler.. anak tak berak 3 hari pun tak lena tido.. wahhh mithali siot aku!!
tapi sebelum aku membebel panjang, ingin aku cakap awal2 yang aku adalah spesis mak yang selamba badak.. aku tak ikut buku sangat.. tak ikut apa yang orang tua pesan jugak.. aku selalu ikut logik kepala hotak aku.. cehhh konon bijak sangat laa??
jadi sila jangan ikut kalau kau rasa aku kasi ajaran sesat!
aku ajar anak aku cara rambo sikit.. takat hujan tu, aku tak payungkan dia pun.. alaa takat 10 langkah melalui langit yang mencurahkan air, apa laa sangat? Alhamdulillah anak aku tak pernah demam lagi disebabkan hujan..
tiap2 minggu mesti ada lebam sana-sini sebab jatuh/terhantuk.. kena cakar kucing laa.. aku sapu ubat homeopathy or aku kasi ubat2 organic je.. bagi aku, biarlah dia merasa susah-payah kehidupan..
cuma satu yang aku perasan, kalau dia duk dengan sepupu dia yang berhingus, mesti dia akan terjangkit.. i hate budak2 berhingus!! selekeh hokay!!
so sekarang aku dah mula suapkan vitamin C.. aku beli dari GNC sebab aku adalah duta GNC(dalam mimpiiii).. aku kurangkan dos biar bersesuaian dengan bayi yang berumur 9bulan..
berak? dulu ada satu masa baby aku tak mau berak 2-3hari.. hobi anak aku memang meneran, dari umur 2 hari lagi.. hari2 dia teran, tapi keluar seketul je.. itupun sebesar taik kambing.. kesiannnn..
semua buah aku dah sumbat kasi lawas.. last2, bila makan potato baru berak dia lawas..
makanan?
aku start kasi makanan masa umur dia lagi seminggu nak cukup 6bulan.. mula2 biasa laa.. kasi makan buah yang di'blend'.. campur dengan sayur..
bila dah masuk 8 bulan, aku introduce dia kat ayam.. aku cuba 'kasar'kan texture ayam.. tapi dia tak mau kunyah.. ape boleh buat? aku blend je laa semua..
lama2 aku jadi bosan nak belek resepi untuk baby.. sebab kebelakangan ni asben aku adalah super busy.. nak masak untuk aku pun tak sempat..
aku kena masak for myself, kena masak jugak for my baby zorro.. aku memang tak sempat buat ape kalau hari2 bekerja.. sebab baby zorro tido pukul 7.30pm.. paling lewat pukul 8.30pm.. aku lak pukul 9.30pm dah layan mata atas katil.. hujung minggu lak masa untuk bermalas-malasan..
aku pun dengan bijaknya mencipta pepatah baru untuk hidup aku, 'makanan mummy, makanan kamu jua'..
apa yang aku buat, aku masak macam biasa, untuk dia, aku blend.. untuk aku of course laa aku tak blend..
contoh ;
aku masak sup daging.. aku bubuh rempah sup, bunga lawang,lada hitam, pelaga dan adik beradik dia.. untuk daging, aku blend kering.. untuk nasi, aku guna couscous..
kenapa couscous? sebab couscous ambik masa 2 minit sahaja untuk dimasak.. couscous ber'texture' kecik2, dah tak perlu blend.. senang hidup aku..
sayur? aku letak je sayur yang aku makan.. ketumbar, celery, carrot and potato..

~dari kiri ; couscous, sayur, sup daging~
~ini hasilnya setelah daging di'blend' kering~
ini pulak masakan aku untuk minggu ini, Broccoli+Potato+Cheese soup
~sweet potato,carrot,onion,garlic,broccoli,russet potato,celery~
~mexican cheddar, parmesan, mozzarella cheese~
~hasilnya sebelum di'blend'~
so far anak aku telan je semua makanan yang aku masak.. selalunya masa kasi dia makanan, aku akan kasi in proper way.. duduk atas high chair, tidak ditemani tv, tidak ditemani any toys.. kalau dia bosan aku hanya kasi mainan sudu besi..
sambil makan dia akan pukul2 meja dengan sudu besi.. dulu aku kasi sudu plastik, now aku dah upgrade sikit.. hahahaha..
selalunya masa makan aku akan cakap2 ngan dia.. actually sepanjang masa kot aku akan cakap ngan dia.. mulut aku tak pernah berhenti bercakap..
ni yang selalu aku cakap,"makan yer Z.. mummy masak penat nih.. mummy bubuh kasih, mummy bubuh sayang sebagai resepi.. nanti Z makan habis, mummy upah gi siram pokok sayur mummy.. hemmm sedapkan?? untung Z dapat mummy yang cantik, pandai masak lagi (hahahaha).. makan sampai habis.. kalau tak habis kawan ngan syaitonirrojim!! tak baik membazir"
bagi aku, dengan anak memang kena selalu bercakap dan berpesan.. dia paham walau dia hanya berumur 2-3hari pun..
aku selalu ceritakan betapa susahnya nak cari duit kat baby aku.. jadi dia takleh laa membazir susu, bazir diaper.. hidup ni kena lalui jatuh bangun.. macam dia laa.. jatuh bangun, rasa sakit sebelum pandai berjalan.. macam tu laa kehidupan..
ohhh sekian sahaja.. aku nak bergayut fon jap..