tag:blogger.com,1999:blog-71945981215293757512023-07-19T14:10:12.555+08:00KuraKuraDiBawahCawanKacaWhoever you are, wherever you may end up, always be proud of who you are and what you stand forKuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comBlogger9125tag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-68448071827746484952018-03-20T12:31:00.000+08:002018-03-20T12:31:22.011+08:00menuju ketenanganaku kemas semua barang aku hanya ambil masa seminggu. memang kebanyakan barang, aku dah siap letak dalam box clear.

memang bersedia untuk angkut bila-bila masa.

dalam masa 10 hari, aku cari rumah yang menepati citarasa aku. rumah yang punya halaman. sebab aku nak abdikan diri kepada tanah.

dalam masa 10 hari tu juga kitaorang cari 'impian' jodoh aku sebelum ini. impian yang dah makan masa bertahun-tahun.

semua benda smooth sangat.

belum pun bulan March, aku selamat keluar dari tempat yang tak mungkin aku jejaki lagi. bukan sombong, tapi tempat tu mengundang kenangan pahit. walau tetap ada manisnya, tapi terlalu pahit untuk aku jejak sekali lagi.

and yeaaahhhh. ALHAMDULILLAH.

walau tetap ada struggle dalam hidup sekarang. tapi ketenangan sentiasa temani hati aku.

aku hanya mampu bersyukur. disamping baiki diri sehingga aku tergolong antara makhluk-makhluk yang paling disayangi. insya Allah.

KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-75261552280008807882018-03-20T12:13:00.002+08:002018-03-20T12:13:34.327+08:00DosaPertengahan Februari 2017

Macam aku tulis sebelum ni. aku start kembali ke sejadah secara istiqomah masa bulan januari je. mujur laa aku ni dikurniakan semangat yang kalau aku dah start buat, aku kena serah seluruh jiwa raga aku.

setiap hari aku isi lubang telinga aku dengan ceramah Dr.MAZA. benda tu macam beri kekuatan jiwa.

walau ada hari2 aku tetap kerasukan syaitan jua bila time sesak.

aku tetap teruskan berzikir panggil nama2 Allah yang boleh beri aku rezeki.

semua benda tak dirancang. sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang.

aku takde niat pun nak minta tolong orang yang paling rapat dengan aku. aku sekadar menjawab soalan dia yang bertanyakan keadaan rumahtangga aku.

yang aku tau 4 hari kemudian, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka untuk aku.

aku tak tau orang akan paham perasaan aku. rasa itu.

rasa yang tak mampu aku lahirkan dengan A B C, dengan kata-kata.

aku ingat yang aku solat Maghrib dan aku buat sujud syukur. ada satu rasa malu. malu dengan Dia. aku tak layak untuk kurniaan sepantas ini.

pernah tak kau rasa kau laa makhluk yang penuh dosa. segala jenis cabang dosa aku pernah kutip.

kalau buku dosa aku tu dapat dijilid dalam bentuk fizikal, aku pasti buku2 tu mampu buat tubuh aku penyet ditimpa dosa-dosa sendiri.

terbukti benar yang kasih sayang Allah kepada kita jauh lagi besar dari kasih sayang ibu bapa.

biarpun dosa sebanyak butir2 pasir di pantai, sekelip mata Ya Ghafur bersihkan bila kita dah bertaubat. KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-91076703975638736912018-03-16T10:25:00.000+08:002018-03-16T10:25:29.241+08:00SesakJanuari 2017

rumahtangga aku dah macam rumah yang tak bertangga. kadang aku rasa aku berkahwin dengan pokok. aku cuba faham situasi setiap orang di sekeliling aku.

tapi kenapa tak ada sorang pun yang cuba faham yang aku juga terseksa? seksa yang tak tau nak diluah kepada siapa. seksa yang terlalu menyesakkan dada.

aku nak keluar dari neraka dunia ini.

aku dah penat berjodohan dengan manusia yang tak boleh buat keputusan dan tak mampu utarakan apa dalam hati.

akhirnya.. aku kembali kepada Pencipta. kembali bergantung dengan Dia. Masa tu ofis aku sunyi sebab semua balik kampung, CNY.

aku tergerak hati untuk betulkan kembali solat aku. even aku pakai tudung, aku puasa. tapi solat aku tak jaga.

aku bukak youtube. selalu aku layan lagu untuk hangguk kepala. tapi kali ni, aku cuba search ceramah agama.

kata-kata Dr.MAZA dalam video yang bertajuk La Tahzan buat aku menangis. semua kata-kata dia buat hati aku ditoreh-toreh.

Aku solat. aku berzikir. aku tambah ilmu agama secara online.

mami aku selalu pesan, jangan pernah tinggal ayat seribu dinar (At-Thalaq Ayat 2-3). tapi aku tak pernah amal pun.

aku cuba amalkan apa yang aku mampu. aku tak spsesifikkan. contoh, aku wajib zikir 100x itu 100x ini. aku just buat mana yang aku mampu.

Februari 2017

Allah lembutkan hati.

aku ajak orang2 yang pernah berjanji tapi memungkiri itu berjumpa dan berbincang untuk cari solution untuk masalah yang diaorang create.

aku bukan nak gaduh pun. aku just texted apa yang aku rasa. keadaan hidup aku. keadaan jodoh aku. keadaan family aku. aku rasa dah sampai masa untuk duduk semeja dan cari jalan penyelesaian.

namun manusia.

selagi Allah tak tiup hidayah, dia takkan berubah.

dikatanya aku ni bla bla bla. hei hei heiiii aku taip msg masa tu dengan airmata keinsafan. aku dah penat gaduh. aku nak berdamai. cari penyelesaian. tapi ......

untuk kedua kali, aku dihalau. kali ni pakej sila bawak sama jodoh dan keturunan aku. haksss!

masa ni aku nampak betapa kecewanya jodoh aku. kami sedar diri. kami biasher-biasher ajer. dia hanya mampu sumbang tenaga semata.

walaupun aku sendiri rasa yang rumahtangga aku ni tak tau mana arah tuju, tapi bila aku tengok jodoh yang dah Allah tentukan untuk aku bersedih, hancur luluh jugak hati aku.

aku nak menolong. namun hidup aku pun terapung-apung.

sesak!KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-51430896087982992202018-03-16T09:38:00.001+08:002018-03-16T09:38:40.802+08:00Jalan Di Sepanjang 2016Sepanjang 2016

Hidup sangat celaru. aku salahkan diri aku yang buat kesalahan bodoh.

tiap2 malam aku tidur dalam airmata. aku hidup dalam kemarahan.

aku banyak simpan dalam

pukul 2 pagi aku boleh bangun nangis. mengadu dengan jodoh aku. namun apalah sangat yang dia boleh buat.

kekuatan aku hanyalah anak. bila rasa nak pecah dada, aku hanya mampu nangis sambil peluk dia ketat-ketat.

nasiblah aku ni masih punya iman. walau dalam otak aku pernah pikir nak buat benda2 macam tu. tapi aku takut darah weiii. hahahahaaa

KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-4457594825415365652018-03-16T09:26:00.001+08:002018-03-16T09:26:30.186+08:00Kehidupan di bawah tempurung kelapaaku ada perangai yang aku pun tak pasti perangai ni elok ke tak. aku suka ke'hadapan' bila orang-orang yang aku sayang dalam kesusahan.

bagi aku, biar aku takde duit. biar aku susah, asal orang yang aku sayang bahagia. kadang aku terpikir, kenapa peel aku macam ni? sebab aku tak cukup kasih sayang mak ayah ke zaman kecik dulu? so aku nak orang sayang aku?

tapi aku rasa tak jugak. jauh di sudut hati aku, aku nak tolong orang sebab aku tau macamana seksanya bila dalam kesusahan, tiada tangan-tangan yang datang menghulur.

Sekitar Julai 2012

kesekian kali, aku jadi supermeng. tolong orang yang dekat dengan aku. sesaat pun aku tak timbangkan keputusan yang aku ambik.

dia bukak mulut, alirkan airmata mohon bantuan aku. terus aku cakap,"jangan nangis. okay, takpe. aku tolong".

aku langsung tak tanya pendapat beradik-beradik aku, suami aku, mak aku or sapa2 pun. even pendapat diri sendiri pun aku tak tanya.

aku tolong atas dasar kasih sayang. sungguh aku sayang dia. aku tolong seikhlasnya.

Sekitar Ogos 2015

masuk tahun ke tiga. sabar aku tahap nak pecah dada.

selama ni aku sabar sebab aku selalu ambil kira kesusahan, faktor umur, faktor hormat.

aku takkan pernah lupa malam itu. saat aku hanya mampu goreng telur sebagai lauk. dan aku dapat tau yang tengahari tadi mereka makan teppanyaki. sambil goreng telur airmata mengalir tak henti.

dalam otak aku, 'apa nak jadi, jadilah. aku dah penat jadi manusia yang jaga hati orang sedangkan hati aku dah takde rupa hati dah'

maka terjadilah amukan ablasa. kahkahkah.

amukan tuntut hak dan janji.

namun kesimpulan yang aku dapat, diorang ni tak boleh dibawak berunding.

aku rancang strategi seterusnya...KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-62073211254895121242018-03-16T08:51:00.000+08:002018-03-16T08:51:42.252+08:00Kesakitan dulu yang makin menghilanghahaha janji palsu sangat aku ni. cakap nak update blog. pasal tanaman laa apa laa. sekali kau? haaa setahun kemudian baru muncul kembali.

Takpe, kalau Allah izinkan. aku akan selalu update blog.

Oct 2016

Aku pindah cawangan. aku selalu sebut yang aku penat jaga projek. buat kewangan juta2. kalau boleh masuk dalam akaun aku barang sejuta dua takpe gak. ahaks.

last2 aku dapat tukar ke bahagian yang langsung takde kaitan dengan aku. mula2 aku agak protes, naik turun tangga, ketuk bilik bos2 besar. suruh kekalkan aku kat cawangan lama.

biasa laaa aku. masalah tak suka jumpa orang2 yang tak dikenali dalam hidup.

lepas tu aku macam terpikir, 'kalau dah banyak halangan untuk aku kekal di cawangan lama, maknanya Allah nak suruh aku pergi kenal orang baru laa ni'

maka aku redha.

Alhamdulillah aku happy duk sini. aku takde kawan perempuan. selama ni bukan aku kawan dengan ramai orang pun.

meja aku kat belakang sekali. dan keliling aku semua lelaki.

bagus. kurang drama. kurang mengumpat. kurang segala-galanya.

Life masa ni, masih caca marba. sejujurnya even sekarang ni pun airmata aku bertakung bila ingat life aku time tu. tu pasal aku diam. hidup bawah tempurung. bukan bawah cawan kaca dah. aku hidup dalam dunia aku.

bila aku sakit jiwa, aku kena duduk peluk lutut. duduk tempat yang sempit. sebab aku nak rasa diri aku bagai dipeluk orang. sambil nangis. haisshh lap hingus jap.

masa tu aku tak tau nak bersandar kat sapa. family jauh. and aku bukan spesis menangis depan family. keadaan sangat serabut.

nanti aku sambung jap lagi.....KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-63519496355766202642017-03-27T10:51:00.001+08:002017-03-27T10:51:21.134+08:00hobi lama tapi bermula kembali

selama 5-6 tahun aku kejap timbul kejap tenggelam. aku ada try hobi baru.

aku pernah try menjahit. aku??? menjahit? hahahaha kelakar! perangai cam jantan ada hati nak menjahit. sempat laa bertahan 2-3 bulan. lepas tu krik kriiik kriiiiik. alasan? jauh sangat tempat belajar. tol pun dah naik. alasan semata

lepas tu aku ada jugak buat hobi baru. gardening. haa yang ni kena dengan jiwa aku.

aku pun tak sangka aku ada bakat menanam. lepas tu ada benda2 tahik yang terjadi dalam hidup aku. benda yang sangat2 ketahian. heiii kata dah insof tapi still suka sebut tahi? biar ahh. slow slowww.

now aku start balik. baru sangat. jadi aku pikir bagus jugak medium blog dikongsi bab2 tanam menanam.

mana tau kan. korang yang feeling orang damansara orang subang jaya orang kota metropolitan teringin nak buat urban farming tapi takde keberanian. meh aku share. itupun kalau aku rajin. ahakss

ketahuilah berkebun ni best. kalau kau minat laa. tapi kena rajin sebab berkebun ni komitmen sepanjang masa.

nah aku tunjuk sikit progress tanaman aku yang tak sampai sebulan pun lagi.

comel kan? dari sekecik2 bijik benih boleh jadi sebesar2 pokok yang memberi rezeki untuk kita.

ehh tibe2 malas nak menaip. nak sambung buat keje. okbai :)

KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-25629137336880138752017-03-27T10:20:00.000+08:002017-03-27T10:20:28.680+08:00bye bye gymjangan tanya berapa berat badan aku sekarang

yang pasti lemak aku kalau aku libas kat pipi ko, maunya pengsan

hehehe

jangan tanya bila aku nak start exercise balik

jangan tanya!

actually aku on and off pergi gym

ada satu masa aku betul2 workout

lepas tu dah kena tukar tempat kerja pulak

tukar gym

sekali pindah duk rumah lain pulak

now aku malas dah aihh nak gi gym

bukan ape weii

aku ke arah kebaikan

eceeehhhh

ye betul laa

bukan drastik pun

slow..slow

tapi kalau aku gym, sesungguhnya aku adalah takleh terlepas dari weight training

itu minat aku

tapi payah aihh

payah dalam ertikata kamus hidup aku

tertonggeng sana terkangkang sini

jadi sebagai makhluk Allah yang ke arah keinsafan,

aku rasa tak sesuai dah aku nak tanggung dosa baru

heiiii follower dolu2 tau laa betapa sukanya aku usha jantan2 sado

heiiii insof laaaa

aku pun decide.. sudah2 laa ke gym

nak suruh aku gi gym semua perempuan?

aahahaha dengan dumbbell ala2?

aiiihh tak mau ahhh

KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7194598121529375751.post-492506784806333042017-03-27T10:04:00.002+08:002017-03-27T10:04:40.738+08:00aku dan sekarangrindu sangat menulis

seperti yang pernah aku khabarkan

hidup aku agak kucar kacir

ada lah sebab dia weiii

apa kau ingat ko retis orang nak tau pasal ko?

ahahahaha

agak cuak sekarang ni nak tulis blog

sebab sekarang zaman gila viral

ko dah kenapa nak me'viral'kan je koje??

mungkin ada follower yang kenal muka aku dulu ingat lagi kat aku

weii dah 5 tahun weiii.. ke 6 tahun?

lama gile menyepi kat blog

dah kerepot dah aku

kulit pun dah gelendut2

ha haaaaa

ada anak terus diam

bukan jadi ibu mithali pun

tapi banyak benda2 yang jadi mematangkan otak dan fikiran

KuraKurahttp://www.blogger.com/profile/13235130369875332821noreply@blogger.com