Health Tip of The Day

Thursday, September 22, 2011

perkakas untuk dibawa semasa mendaki gunung kinabalu

one of my fren adalah pemalas nak mati nak pikir ape patut bawak bila mau mendaki Gunung Kinabalu.. haisshh!! sebagai kawan yang cun lagi baik hati, meh sini aku senaraikan..


dari KL to KK, bawak dua beg.. satu bag besar untuk porter.. satu backpack kecik untuk bawak sendiri.. walaupun bag kau tu dah dibuktikan sebagai waterproof, tapi aku galakkan kau letak semua barang dalam plastik, then baru masukkan dalam beg..

untuk barang2 mahal macam camera and henfon, letak dalam zip-lock bag..

cara aku pack barang selalunya aku akan gulung baju dengan seluar satu set terus.. mana yang nak pakai awal, aku letak belah atas, mana yang nak pakai hari2 terakhir aku letak bawah.. 

kalau nak jimat, baju yang kau tak mau pakai masa atas gunung, boleh simpan kat Kinabalu Park dengan bayaran RM 10 untuk setiap beg, tak kira saiz kecik or besar.. so jimat ahh nak bayar porter..

from Kinabalu Park to Laban Rata, dalam beg yang kau carry sendiri, sila bawak ;
1. baju+seluar yang kering untuk dipakai di Laban Rata.. sebab kemungkinan porter sampai lewat daripada korang adalah besar
2. walking stick (ini bukan optional, ini WAJIB bawak!!)
3. raincoat.. (aku pakai sekerat jalan je.. sebab aku tak selesa daki gunung pakai raincoat.. lagipun aku suka main hujan)
4. air 500ml-1000ml.. kau boleh tambah di setiap kilometer.. tapi air yang kat gunung tu tak di-nyahkuman.. kalau perut kau, perut bodo yang takleh tahan, takyah minum!
5. camera
6. yoko-yoko.. sapu di setiap sendi kau pada setiap perhentian.. kasi muscle selalu panas.. insya Allah kau takkan tercedera..
7. headlamp/torchlight (kemungkinan kau tercedera tengah jalan dan sampai lewat.. dalam hutan pukul 6.30pm dah gelap)
8. quick energy food (high GI food seperti raisins, honey, cekelat, gula2, fruits)
9. tisu and wet tissue untuk lap bontot.. mana tau kau nak berak tengah mendaki ;)
10. insect repellent (aku tak pakai pun.. busuk!)
11.  lunch pack disediakan oleh Sutera Sanctuary.. selalunya dia kasi epal, pisang, sandwich, air sebotol kecik..
12. sunscreen (pakai awal2 before mendaki)
13. face towel (sebab kau perempuan sejati, sila lah bawak)

sebolehnya bawak beg se-ringan yang mungkin.. jangan bebankan diri.. jangan jadi bongok! 

pemakaian dari Kinabalu Park to Laban Rata ;
1. dri fit shirt (jangan pakai cotton, bila kain cotton basah lambat nak kering.. dan bila angin gunung berhembus, maka menggigillah dikau)
2. dri fit short.. boleh jugak pakai cargo pants ke ape.. but aku lagi prefer dri fit pants sebab ringan.. 
3. stokin 2 lapis or stokin tebal.. 
4. kasut yang best.. tak kisah laa brand apa.. asalkan tapak dia best, bedal saja laa labuuuu..

sepanjang perjalanan ke Laban Rata, ambil laa gambar sebanyak yang mungkin.. sebab kau bukan pergi mendaki mt.Kinabalu tiap2 bulan.. bila dah sampai Laban Rata, kau boleh charge battery kat cafe kat bawah.. sebab selalunya dalam bilik energy tak cukup untuk charge ape2..

bersedia untuk mandi air sejuk nak mampos masa kat Laban Rata.. untuk menjimatkan masa, pakai baju yang kau nak guna untuk mendaki ke Low's Peak sebagai baju tidor.. 

sebelum tido, WAJIB telan panadol.. tak kira laa kau rasa sakit ke tak.. telan je.. sebab kemungkinan untuk selsema, demam tetiba adalah besar..

kemas apa yang patut.. check out time pukul 10am.. kalau kau penggedik ambik gambar macam aku, pukul 11 baru aku sampai balik ke Laban Rata..

sebelum bertolak ke Low's Peak dalam pukul 1.30am, aku hanya ambil meal replacement sebagai sumber tenaga..

sila pakai sunscreen.. sebab on the way turun, matahari memancar betul2 kat atas kepala.. 

pemakaian untuk ke Low's Peak ;
1. 2-3 helai tshirt lengan panjang kalau kau spesis tak tahan sejuk.. masa aku dulu, aku pakai long john selapis, tshirt lengan panjang satu lapis, cargo pants, windbreaker selapis.. 
2. headlamps.. jangan beli cap ayam.. beli cap energizer yang pakai LED.. 
3. quick energy food
4. water bottle
5. balaclava mask.. jangan sampai hidung kau patah sebab beku..
6. waterproof glove.. 
7. camera
8. stokin tebal or pakai 2 lapis stokin..
9. jangan lupa bawak otak yang power.. yang sanggup push diri sendiri hingga sampai ke puncak..

orang perempuan sejati selalunya suka angkut baju satu almari bila pergi mana2.. tak perlu! pakai gilir2 baju or seluar yang sama takde sape nak marah.. yang penting kau enjoy di atas gunung menyaksikan keindahan ciptaan Allah.. 

kalau bawak camera bersaiz XL, sila jaga elok2.. sebab perubahan cuaca akan menyebabkan kamera jadi sewel.. 

itu je yang aku ingat setakat ini.. sapa2 nak tambah, sila tambah..